Friday 26 December 2014

Herbal Blend Cream Pelbagai Kegunaan

Salam Semua.
Hari ini nak story pasal Cream Ajaib Shaklee. Herbal Blend. Saya sangat sangat sukakan cream ajaib ini. Mesti kena simpan satu stok kat rumah. Last 2 week Baby Adelia kena ruam. Biasalaa baby panas sejuk panas sejuk ruam datang singgah. Cecepat sapu herbal blend ini dengan nipis-nipis kat baby. Tanpa risau sebab ia bebas paraben dan bahan-bahan kimia berbahaya. Dia 'lembut', tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit dan cepat menyerap.

Bersumberkan ekstrak tumbuhan seperti Horse Chestnut, Sage, Equisetum hyemale, Coltsfoot, Rosemary, Nettle, Matricaria, Melissa officinalis dan Jagung. Jadinya lepas sapu ni kulit akan rasa lembut dan segarr gitu

Berapa Tempoh Kegunaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya. Melalui pengalaman saya, sudah setahun saya menggunakannya namun kini masih berbaki. Saya menyimpan krim ini untuk kegunaan kecemasan keluarga seperti gigitan serangga, ruam anak dan untuk urut badan yang lenguh. Tahan lama. Berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan.

Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

  • Melembutkan kulit / tumit kasar
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur 
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
Testimonial Herbal Blend® Multi-Purpose Cream







Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.


Untuk Info & Order ;

Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 24 December 2014

Kombinasi Vitamin E dan C untuk Kulit Muka

Kulit cantik, memang merupakan idaman setiap orang, perempuan juga lelaki. Masing-masing memang mementingkan kecantikan kulit. Tak guna ada rupa paras yang menarik, tapi kulit kusam, kering dan tak bermaya.


Selain dari penjagaan luaran, membersihkan muka guna pencuci, menggunakan masker juga bermekap bagi mereka yang gemarkannya, penjagaan dalaman bagi saya adalah jauh lebih penting. Kata orang, seri dari dalam itu lebih kekal lama, dan juga lebih semulajadi.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.



Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit


                           

Kombinasi Vitamin E dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri


Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.


Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com


DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 23 December 2014

Tiada lagi Sembelit Semasa Berpantang

Salam. 
Hari ini hari ke-16 saya berpantang. Alhamdullilah pantang kali ini sangat BEST dan SERONOK. Badan rasa cergas dan sihat je sepanjang masa. Dan yang paling BEST tiada lagi SEMBELIT semasa Berpantang.


Pengalaman berpantang ydulu saya alami sembelit yang teruk. Sampai pergi klinik laaa amik ubat untuk lawaskan dan lancarkan pembuangan. Berpantang dulu saya amik Ubat Jamu (NR). Masa ini memang tak kenal lagi Shaklee. hihihi~

Alhamdullilah, bila dah kenal dan tahu pasal Shaklee terus teruja nak gunakan Set Pantang Moden Shaklee. Badan Sihat tanpa Sembelit. Ostematrix bagus untuk melembutkan najis, sekaligus buat kita langsung tak sembelit. Konsisten makan Ostematrix hari-hari 2 - 4biji sehari. Alhamdullilah hari2 pun lawas perut.





Bagaimana Ostematrix membantu dalam Mengatasi Masalah Sembelit ini.

Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah;
  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink
Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM.

Bagaimana Magnesium membantu mengatasi masalah sembelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIX.




Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.

Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

Monday 22 December 2014

Cairkan Kahak & Legakan Batuk Selsema dengan Omega Guard

Salam, 
Sekarang musim tengkujuh. Panas Hujan Panas Hujan tak menentu. Anak-anak pun kerap jatuh sakit dan demam. Anak saya pun baru baik batuk berkahak nye. Tetiba saje kena. Pergi jugak klinik untuk pantau pernafasan dia. Alhamdullilah semua ok takde masalah. Bagi Ubat klinik tapi batuk still ada jugak. Tak Hilang2. So saya ikhtiar cara lain. Bagi sebiji OMEGA GUARD masuk dalam susu dia. Alhamdullilah, bila 3 hari konsisten bagi batuk dia berkurangan, kahak pun takde dengar lagi. Lega. Syukur.

Masalah berikut selalu terjadi pada anak-anak tersayang anda ;
  • Anak anda batuk berpanjangan diikuti dengan Batuk Berkahak???
  • Asma dan Lelah sampai setiap minggu kena amik NEB di klinik???
  • Kerap Demam dan kerap keluar masuk Hospital??

Kesian kan kalau anak2 yang tak sihat. Batuk tanpa henti sekali dengan batuk berkahak. Batuk Berkahak jugak punca menyebabkan Asma. Paru-paru akan tersunbat dan akan menjadi lemah. Pasti sangat merisaukan dan merungsingkan Ibu & Ayah.



Ok, suplemen Shaklee yang berkesan membantu mencairkan kahak / "membuang" kahak adalah Omega Guard. 

Omega Guard Shaklee sangat membantu kerana ianya mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi yang mampu merangsang sistem imun dan penting untuk pemulihan tisu peparu. Selain itu juga Omega Guard adalah anti-stress di mana kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, kanak-kanak hiperaktif dan autism. 


Antara Testimoni customer saya yang beri Omega Guard untuk anak2 ;-





Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.


Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

Sunday 21 December 2014

Bersalin Normal Tanpa Koyakan & Gunting dengan Shaklee?

Salam.
Seperti yang korang semua tahu. Saya baru bersalin yang ke 4 tanpa koyakkan dan tanpa digunting. Alhamdullilah. Sebab pengalaman bersalin yang lagi 3 semua nye digunting dan dijahit. huhuhu~ seram nyiluuuu rasanyeeee.


Bile lepas je baby selamat keluar doctor check semua bagitahau tak perlu jahit dan takde koyakkan memang sangat sangat sangat lega dan bersyukur. 

Nak tahu camne??? Meh nak story mory. 
Firstly dah berlaku kat sideline Shaklee saya k.Elly yang bagitahu dia amalkan Omega Guard masuk Trimester ke-3 sehingga lah sampai waktu nak bersalin. Amalkan Omega tetiap hari, amik sebiji sehari je.

Saya pun mula cuba makan Omega Guard hari2 tanpa skip bermula Trimester ke-3 sehingga sampai nak bersalin. Malam sebelum nak ke Hospital tue saya sempat lagi makan sebiji Omega Guard. 

Ada yang mengatakan minum VCO or minyak masak sebelum nak bersalin or odw nak ker Labour Room untuk lancarkan pembukaan dan senang untuk bersalin. Sama jugak konsep dengan Omega Guard Shaklee ini sebab dia adalah Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. So memang bagus untuk nak dekat2 DEU amalkan. Wallahualam. 

Jom tengok ape itu Omega Guard!!!

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke


Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

Saturday 20 December 2014

Pencuci 1001 Serbaguna - BASIC H

Pastikan anda memiliki sebotol Basic-H dirumah, kerana kehebatannya, sangat jimat, penggunaan hanya beberapa titik sahaja dan kerana anda sayangkan alam semesta ini.
Ianya dihasil dari perca-perca vitamin shaklee dan mempunyai molikul yang sangat halus dan lebih lembab dari air, ‘smaller than water and wetter than water’ maknanya lebih bersih dari air dan mampu menjangkau ketempat lebih sempit yang molekul air tak mampu melepasi.



Basic-H, Pencuci Organik Shaklee
Basic H adalah untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah
  • Kepekatan yang tinggi – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air  menjadi pembersih berkuasa tetapi lembut dan halus pada kulit.
  • Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran,gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dbasuh didalam dan diluar. cairkan mengikut arahan
  • Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan, tanpa toksik
  • Asli dan semulajadi
  • Surfaktan biodegrasi

 Cara mengguna:
1 Cara termudah masukkan dalam 10 titik dalam botol spray shaklee atau mana2 botol spray, penuhkan air dan gunalah untuk cuci meja, dapur, cermin dan apa saja permukaan.
2 Mop lantai titikkan dalam 10-15 titik makin kering makin bersih dan selamat kalau ada baby yang kutip-kutip makanan di lantai.
3 Basuh mangkuk tandas dan sebagainya semua titikkan beberapa titik sahaja, berus dan akan kelihatan bersih bersinar dan tahan lebih lama.
4 Cuba sendiri keatas apa sahaja cucian dan seribu guna boleh tahan sehingga 6 bulan, Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic-H.
Kelebihan: melarutkan minyak dengan mudah, kebanyakan kotoran adalah oil base, kain pengelap/mop dsb cuma perlu di bilas saja sudah bersih dan lalat tak datang sebab tak suka bau dia, padahal lembut sahaja.
Tahukah anda?
Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh meroksakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • PH seimbang
  • Tanpa klorin

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Antara Testimoni Basic H yang saya sendiri buat dan lakukan. Paling teruja kalau bersihkan botol susu dan puting susu anak2. Memang BERSIH!!!! Tanpa Bau!!







Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.

Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

Friday 19 December 2014

Tanda-Tanda Bersalin & Petua Mudah Bersalin

Pengalaman sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya. Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan. Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami.
Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • Keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • Keluar darah dari vagina : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.


Bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Dapatkan nasihat doktor anda dan gunakan teknik yang disarankan oleh doktor anda.
1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan
4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri
5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :
  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.


Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

Thursday 18 December 2014

Sakit nya bila Susu Tersumbat (Clogged Duct).

Salam,
Hari ini nak story pasal Clogged Duct atau bahasa mudahnye susu tersumbat. Saya alaminye selepas 3hari lepas delivery baby last week. Susu banyak tapi baru nak keluar so jadi tersumbat. Baby still lagi menyusu tapi tak puas and kenyang sebab susu tak banyak keluar.

Bile susu tersumbat ini badan kite mesti rasa nak demam kan. Iyeee saya alamniye memang rasa seksa. Dengan sakit di sekitar payudara sebab susu tersumbat dengan badan rasa seram sejuk lagi rasa nak demam. 

Meh kite tengok ape penyebab susu jadi tersumbat.
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).
Bagaimana Bengkak Susu Terjadi
 Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Bagaimana pula Cara nak atasinya?
Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu

1. SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG BOLEH

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. CUBA VARIASIKAN POSISI PENYUSUAN.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. TUAM

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. BEREHAT

Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. SUSUKAN ANAK YANG LEBIH BESAR

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. GUNAKAN TEKNIK “PRESSURE MASSAGE

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

7. AMALKAN LECITHIN DALAM DIET HARIAN

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.


Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.

Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...