Wednesday 17 December 2014

Pengalaman Bersalin yang ke4!!

Alhamdullilah.
Saya dah selamat melahirkan seorang lagi baby gurl. Jadinya dah 3 gurl in da house!!! Power Puff Gurl bergabung dah. hihihihi~ Moh baca story dari sakit nak bersalin sampai dah deliver baby!!

Sebenarnya DEU date 6 December (sabtu), tapi takde lagi tanda2 sakit nak bersalin. Baby memang aktif duduk diam2 dalam perut ibu. Masuk hari Ahad, 7 December terasa dah sakit sikit2...start sakit dari pukul 10pagi++ camtue, sakit contraction yang tak kerap. Kejap sakit. Kejap Hilang sampai laa ke malam. Sakit Kejap 10min Kejap 5min. Tapi masih buleh tahan lagi. So relax lagi kat rumah. hihihihi~

Pukul 10malam tidokan anak2 dulu sebab besok semua nak 'sekolah' dah siap2 barang 'sekolah' diorang (risau nak beranak malam tue jugak). Bila anak2 dah tido sakit makin kerap contraction 5min sekali (time ini memang asyik tengok jam je). Tengok jam nak dekat pukul 12am. Pikir punye pikir ajak jugak En Suami ke Hospital sebab risau kalau pergi pagi besok jem yang amat jalan. Sebab hari Isnin kan. So pepaham jelaaa nak sampai PPUM tue memakan masa berejam. hihihi~

Pukul 1pagi checkin Labour Room PPUM. Salin baju hospital. Bagi beg segala barang kat En Suami. Doctor pasang CTG untuk pantau baby. Amik darah semua. And ape lagi check untuk tengok dah berapa bukaan nye. Sekali check baru 3cm. Doctor bagi masa 4jam untuk check bukaan seterusnye. Dalam pukul 5.30am.Dari Pukul 1am sampai pukul 5.30am sebelum doctor datang balik memang tak buleh nak tido pejam celik pejam celik.Sakit sama jugak macam sebelum nie. Tak selesa Lenguh tak buleh nak tido. 

Tepat Jam 5.30am doctor datang balik untuk check bukaan. And the result still same. Still 3cm jugak. Hampa. Penat Ngantuk semua ada. Doctor decide naik masuk wad dulu. Pukul 6.30pagi camtue naik wad Tingkat 5 (wad untuk orang yang tak bersalin lagi). Masih tak buleh nak tido. Tabah. Satu malam tak tidor!!!

Pukul 8pagi, doctor check datang lagi. Bukaan still same. And doctor bagitahu dalam 2jam, 10pagi doctor datang check lagi. Risau sebab ini dah anak ke4 anytime bukaan buleh bukak cepat. Walaupun dah almost 12jam sakit. Makin lama memang rasa makin sakit. Sakit kuat sikit dari sebelum nye. So mata memang tak mampu nak pejam.

Pukul 10pagi, doctor check lagi sekali. (memang tabah aku kena check banyak kali) T_T. And Alhamdullilah dah bergerak 4cm and kena turun Labour Room balik untuk pecah kan air ketuban. Turun laa kembali ke Labour Room dengan Harapan cecepat lah bersalin nye. hahahahah~ 

Pukul 11pagi doctor pecahkan air ketuban. 5cm dah bukaan nye. Sakit makin kerap dan makin sakit. Serius. Rasa nak nangis dah. Sebab dah penat tak tidor satu malam. Tabah je menahan sakit. Bile sakit sedut gas. Lega. Lepas tue makin sakit sampai rasa nak teran. Kelam kabut cakap gan doctor rasa nak teran and doctor check bukaan baru 7cm. Allahuakar memang sakit yang amat. Bibir tak berhenti berzikir لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. Tanpa Henti. Doa semoga dipermudahkan segalanye.


Sekali lagi rasa sakit sampai rasa nak teran, doctor nak check bukaan sekali dah nampak kepala baby. Doctor pun kelam kabut buat persiapan nak sambut baby. Alhamdullilah, dengan 2 kali teran sahaja (sebab dah penat and letih cecepat push sekuat hati) seorang baby gurl keluar jugak dari perut ibu dia. And sekali lagi Alhamdullilah bila doctor bagitahu takde KOYAK dan tak perlu JAHIT. Syukur YA ALLAH. Penat berbaloi tak tidor satu malam menahan sakit tanpa sebarang jahitan. Alhamdullilah semua dah selamat.

Baby Shaklee Akhirnye keluar seberat 3.3kg Tepat Jam 12.35 tenghari. Dalam pukul 3ptg 
dah masuk wad untuk berehat dan tunggu baby sampai. Meh blanje sekeping je gambar Baby. Nanti sambung story lain pulak ye!!!

3.3KG - 12.35PM - PPUM

Muka kembang sebijik macam muka Auni 

Psssttt : Nak tahu TIPS BERSALIN NORMAL tanpa Koyakan & Jahitan??
               TUNGGGGUUUUUUU Next Entry!!!!



Untuk Info & Order. 
Nas  Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...