Friday 26 April 2013

KHASIAT ESP UNTUK LELAKI

Jangan ingat ESP hanya untuk Ibu menyusu / wanita je ye. ESP juga untuk lelaki. Banyak khasiatnya. Meh baca kat bawah nie meh.

♂ Kesihatan tulang
Kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang dan mencegah osteoporosis di kalangan lelaki berusia.

♂ Paras kolesterol
Protein soya dapat menurunkan kolesterol dalam darah bila digabungkan dengan diet rendah lemak tepu dan kolesterol. Sekitar 25 gram protein soya setiap hari membantu menurunkan kolesterol dalam darah sehingga 23%.

♂ Diabetes
Protein soya mempunyai indeks glisemik rendah yang membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, berbanding karbohidrat yang lain.

♂ Pembentukan otot
Sebagai sumber protein, soya berada di atas kedudukan pertama. Namun, seseorang tidak harus "overdos" dengan soya. Segenggam kacang soya goreng atau 5 keping tempe atau 1 hidangan ESP sudah cukup untuk membantu pembentukan otot secara sihat.

♂ Kesihatan prostat
Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di National Cancer Center di Jepun, insiden kanser prostat lebih rendah di negara-negara Asia bila dibandingkan dengan negara-negara Barat yang disebabkan oleh fakta bahawa diet lelaki Jepun mengandungi lebih soya berbanding diet lelaki Barat.


So bukan wanita saja yang pentingkan kesihatan, lelaki juga harus menitikan kesedaran untuk menjaga kesihatan dari sekarang untuk kesejahteraan masa depan. 

PM kita jika Berminat ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...