Thursday 18 December 2014

Sakit nya bila Susu Tersumbat (Clogged Duct).

Salam,
Hari ini nak story pasal Clogged Duct atau bahasa mudahnye susu tersumbat. Saya alaminye selepas 3hari lepas delivery baby last week. Susu banyak tapi baru nak keluar so jadi tersumbat. Baby still lagi menyusu tapi tak puas and kenyang sebab susu tak banyak keluar.

Bile susu tersumbat ini badan kite mesti rasa nak demam kan. Iyeee saya alamniye memang rasa seksa. Dengan sakit di sekitar payudara sebab susu tersumbat dengan badan rasa seram sejuk lagi rasa nak demam. 

Meh kite tengok ape penyebab susu jadi tersumbat.
Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).
Bagaimana Bengkak Susu Terjadi
 Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Bagaimana pula Cara nak atasinya?
Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu

1. SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG BOLEH

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. CUBA VARIASIKAN POSISI PENYUSUAN.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. TUAM

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. BEREHAT

Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. SUSUKAN ANAK YANG LEBIH BESAR

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. GUNAKAN TEKNIK “PRESSURE MASSAGE

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

7. AMALKAN LECITHIN DALAM DIET HARIAN

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.


Shaklee di kawasan Bandar Saujana Putra, Subang Jaya , Petaling Jaya dan Putrajaya.

Untuk Info & Order. 
Nas Shaklee Independent Distributor ID 954311 
Facebook : Ibu Adamalishauni 
WhatsApp / SMS : 012 339 4504 
Blog : adamalishauni.blogspot.com

2 comments:

  1. sambil anak dapat menyusu sambil kita yang ibu ni kurus n slim kembali hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya betul. Lecithin sangat membantu masalah susu tersumbat. Ramai customer akak kalau ada masalah susu tersumbat akak suggest Lecithin. Alhamdulillah susu akan segera keluar dengan banyakkk!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...