Saturday 27 April 2013

Resepi ESP yang BETUL & BERKESAN.

Antara Resepi ESP yang Boleh Anda Cuba

Salah satu soalan wajib yang customer akan tanya saya bila nak beli ESP adalah...

" Macam mana nak makan ESP ni kak? "

Biasanya, saya akan jawab  

" ESP ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu untuk minum "

Itu secara ringkasnya la. Secara detailnya, ok, meh saya nak cerita meh:)

1) ESP + Air Suam

This is my FAVOURITE !!
Saya memang jenis yang tak suka minum air manis. Saya suka minum air masak jer. Jadi, tak susah untuk saya telan ni. Saya sukakan keaslian rasa soya tu, SEDAP.

2) ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)

Saya pernah try dengan susu Dutch Lady perasa Strawberry. Fuhh, memang terbaik, lazat berkrim.
3) ESP + Milo
4) ESP + Twister Oren

5) ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend) 

6) ESP + Ribena  

7) ESP + Nesvita 3 in 1 

8) ESP + Susu Anmum 

9) ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda) 

10) ESP + Horlicks 

11) ESP + Nestle Bliss

12) ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)

Biasanya orang akan minum ESP pada awal-awal pagi sebelum pergi kerja, sebab awal-awal pagi lagi perut dah 'kriok' 'kriok' lapar. So, kena isi dulu perut sementara nak tunggu sarapan di office.

Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:)  

Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...