Tuesday 16 April 2013

Nak Gemuk dengan Shaklee.


Selalunya ada orang yang nak kurus tapi ada jugak sesetengah orang nak tambahkan berat badan. Orang yang kurus melidi, kurus melengkung, kurus cam plywood, kurus cam biskut kering (ini istilah yg selalu orang gunakan utk org yg terlampau kurus) pun boleh untuk gain weight jika mahu.

Ada beberapa punca yang menyebabkan berat badan seseorang itu tidak bertambah. Antaranya adalah;

1- Makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien di buang begitu sahaja dengan sia- sia.

2- Pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Haaa so di bawah nie adalah beberapa supplement dan vitamin yang boleh diambil. Jika rasa badan tu melayang layang di tiub angin, cuba try ini. :)

1. Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplemen penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

2. B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3. Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



Tips Untuk Naikkan Berat Badan;

- Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan kadar yang lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.

- Tingkatkan pengambilan protien
Protien dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protien membuatkan tubuh anda “mencuri” protien dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protien dalam diet harian anda. Ambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protien untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protien. Anda boleh dapatkan sumber protien dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.

- Lakukan aktiviti senaman bebanan
Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang dicafangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti bench press, deadlift dan pull up. Nak senang, isi je air mineral dalam botol 500ml dan angkat macam angkat dumb bell tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...