Thursday 18 April 2013

Sendi yang sihat dengan Shaklee


Kesihatan Sendi

Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak, Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon, dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.



Sakit Sendi Dan Ketidakselesaan

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi.  Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.




BERITA BAIK!!!
Dengan Shaklee Advance Joint Health Tablet (AJHT), anda boleh mengekalkan sendi-sendi yang KUAT, FLEKSIBEL, dan MUDAH BERGERAK. 



Ia memberikan MANFAAT kepada sendi-sendi sihat dalam 3 CARA:

1. Menyokong Keselesaan Sendi - Ekstrak Boswellia (Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan).

Ekstrak Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata.  Bahan aktif utamanya ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.  AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak Sebagai Kusyen - Ekstrak Jagung (Membantu mengekalkan tulang rawan)

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.  Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.

3. Memelihara Tisu Penyambung Yang Sihat - Zink, Tembaga, Mangan Dan Vitamin C (Nutrien penting dalam kesihatan sendi)

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE  

* Sentiasa Berkesan - Mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.  100% bebas kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik.

* Sentiasa Selamat - 100% berasaskan sayur-sayuran.  Bebas gluten.

* Sentiasa Mesra Alam - Menggunakan botol BPA-Free dan boleh dikitar semula.

Siapa Yang Perlukan AJHT? 

* Lelaki dan wanita dewasa yang mencari produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka.

* Orang tua yang kebiasaannya mengalami tulang rawan menyusut dan sukar bergerak.

* Orang muda yang mempunyai gaya hidup aktif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...